Jumaat, Julai 25, 2008

PROJEK PENANAMAN CENDAWAN DI SABAH

PROJEK PENANAMAN CENDAWAN

Pengenalan

Korporasi Pembangunan Desa (KPD) telah memperkenalkan Projek Cendawan pada tahun 1989 di kawasan Moyog, Penampang dan Kundasang, Ranau. Projek ini dilaksana dengan menggunakan konsep Perladangan Kontrak di antara pihak KPD dengan para petani di kawasan tersebut.
Bagi memastikan bekalan bibit cendawan yang berkualiti disediakan secara berterusan kepada para peserta projek, KPD telah membina sebuah Pusat Pengeluaran Bibit Cendawan di Masilau, Kundasang pada tahun 1991. Walau bagaimanapun pusat ini hanya mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1992 dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 3,000 p'p' bag per batch. Selepas itu pusat ini sentiasa membuat penambahbaikan bukan sahaja dari segi kuantiti pengeluaran tetapi juga kaedah pemprosesan p'p' bag serta kualiti dan jenis bibit yang dikeluarkan. Sejak tahun 1995 pusat ini berupaya menghasilkan bibit cendawan sebanyak 5,500 p'p' bag per batch. Kini Pusat Pengeluaran Bibit Cendawan tersebut dikenali dengan nama Borneo Mushroom selaras dengan konsep hala tuju KPD yang baru.
Sebagai perakuan dan pengiktirafan terhadap usaha-usaha KPD untuk mempertingkatkan kualiti projek ini, Borneo Mushroom telah dianugerahkan sijil HALAL, MS-ISO 9001:2000 dan SALM (Skim Akreditasi Ladang Malaysia) pada tahun 2007. Pemberian sijil SALM ini membolehkan KPD mengguna jenama Malaysia's Best dalam produk cendawan keluarannya.

Objektif

1. Meningkatkan hasil pengeluaran cendawan yang berkualiti
2. Menyediakan sumber pendapatan yang berterusan kepada para peserta projek
3. Membantu kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan

Aktiviti Yang Dijalankan

1. Membekal bibit cendawan (substrak dalam Polypropylene Bag yang telah diinokulasi dengan benih cendawan) kepada petani (peserta projek), pengusaha persendirian dan di ladang KPD sendiri.
2. Memberi khidmat nasihat teknikal mengenai pemeliharaan cendawan kepada para peserta projek Perladangan Kontrak.
3. Memberi Kursus Teknikal Pemeliharaan Cendawan berbayar kepada orang awam yang berminat.4. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada petani atau pengusaha persendirian yang membeli bibit dari Borneo Mushroom.

Jenis Produk Yang Dikeluarkan

1. Bibit cendawan
2. Cendawan segar (Cendawan Shiitake, Cendawan Tiram dan Cendawan Telinga Kera)
3. Cendawan kering (Ling Tze Slices)
4. Ling Tze Coffee
5. Ling Tze Tea

Khasiat Cendawan

(Sumber dari Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
1. Cendawan Shiitake (Lentinus endodes) >Mengandungi Lentinan iaitu ubat antikanser. Juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara.Merencat kejadian semula kanser.Meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfosit dan makrofaj melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin.
2. Cendawan Ling Tze (Ganoderma sp.) >Menghalang dan merawat kanser.Meningkatkan sistem imun: antiallergik, anti-radang, antiviral, antibakteria dan antioksidan. Melegakan/merawat paru-paru yang rosak akibat asma dan masalah pernafasan lain.Melindungi hati dengan meningkatkan proses detoksifikasi.
3. Cendawan Tiram (Pleurotus spp.) >Mengawal atur darah, anti-thrombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid. Meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Merencat pertumbuhan tumor. Antioksidan dan aktiviti perlindungan gen.
4. Cendawan Telinga Kera (Auricularia sp.) Merawat gangguan kardiovaskular: memecah darah beku, mengawal atur tekanan darah, merendah kolesterol dan lipid. Antioksidan dan melindungi dari kerosakan DNA. Boleh mengurangkan berat badan.

Nilai Nutrisi

1. Mengandungi protin dan kabohidrat yang tinggi
2. Kaya dengan vitamin dan zat galian

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini bolehlah berhubung terus kepada alamat di bawah:
Projek CendawanKorporasi Pembangunan DesaAras 2, Wisma Pertanian SabahJalan Tasik, Luyang(Off Jalan Maktab Gaya)Beg Berkunci 8688998 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: +6088 291301Fax: +6088 291354
Laman Web:
http://www.sabah.gov.my/kpdE-mail: kpd@sabah.gov.my

Pemandangan kompleks Borneo Mushroom yang terletak di Masilau, Kundasang


Rumah cendawan milik peserta projek KPD



Rumah cendawan milik KPD sendiri



Mesin yang digunakan untuk memproses bibit cendawan

Cendawan Shiitake segar

Cendawan Ling Tze

Cendawan Tiram

Cendawan Telinga Kera

Produk Ling Tze Coffee dan Ling Tze Tea yang dikeluarkan di Borneo Mushroom

Tiada ulasan: